AMNANI COMEL SIHAT

AMNANI COMEL SIHAT
anda sihat kami gembira

Wednesday 27 August 2014

IBU HAMIL





Untuk ibu2 hamil ..... ada berita gumbira untuk anda semua.... 
Set ibu hamil ni mebantu ibu2 sentiasa sihat dan bertenaga sepanjang kehamilan.... 

1.Acid folik dalam B complex dan kalsium yang tinggi dalam Ostematrix memenuhi keperluan kepada kandungan semasa hamil
2. Zat besi dalam Vitalea memebanti mengelakkan komplikasi semasa kelahiran
3. Acid askorbik dalam Vitamin C dan protein tinggi dalam Esp membantu pembinaan sel yang sihat .... 
4. Vitamin B5 dalam B complex membantu mengawal pertambahan berat badan semasa hamil






Ibu2 comel ingin mencuba set hamil ini boleh pm saya.... di 
=============================
http://www.facebook.com/mahani.abduljalil/messages
============================
Hubungi 011 11128599

Mahani Abdul Jalil
sid 1000956
page:Amnanisdevitashope
blog: amnanisdevitashope.blogspot.com
sms wechat wassap 011 11128599
cod :sentul,gombak ,segambut

Bayi pra-matang VS ESP shaklee



Alhamdulillah syukur.... happy mendengar  bila si ibu bg th anak dah boleh minum banyak susu... 
sebagai ibu saya pun th mesti susah hati bila th anak x sihat..lagi2 bayi y pra matang... 
syukur sangat bila suppliment  shaklee dpat membantu kaum ibu terutamanya untuk meneruskan misi supaya dpt menyusu anak sehingga 2 thn... 
saya doakan semoga baby ini sentiasa sihat di samping ibu dan keluarganya..








KAUM IBY YANG MASIH MENCARI SUPPLIMENT UNTUK BANYAKAN SUS BOLEH TRY SET BAJET MENYUSU
ESP DAN ALFAFA

BOLEH DAPATKN DARI SAYA PENGEDAR SAH SAHKLEE
SID 1000956
MAHANI ABDUL JALIL
011 11128599
FB MAHANI ABDUL JALIL
PAGE Amnanisdevitashope
COD : SENTUL, SEGAMBUT, GOMBAK, JALAN IPOH DAN JLAN KUCING

Biarlah Dia Menyusu


SAYA SHARE UNTUK SEMUA PEMBACA..

SAYA COPY DARI FB Ummuhani Abu Hassan


Menyusukan Anak: Susu Ibu atau Susu Lembu?

Saya pernah berhenti kerja hujung tahun 2011 (dari UITM Melaka) kerana faktor ini. Walaupun fizikalnya, saya menyebutkan yang saya akan sambung belajar dan berpindah ke Kuala Lumpur, tetapi sebenarnya saya dihimpit 'ujian kecil' iaitu anak (Darda') tidak mahu berenggang susu badan. Selama enam bulan lebih dia menghirup rezeki Allah melalui uminya tanpa makanan lain termasuklah air suam. Dan seterusnya menyusu sehingga umur dua tahun lebih. Kesannya, syukur dia jarang sakit dan kuat hatinya dengan umi.

Saya nekad untuk terus menyusu penuh kepada Dawud. Tetapi cabaran sebagai mahasiswa tentulah kuat. Saya perlu menghadiri kuliah sembilan jam seminggu, duduk menelaah dan menulis di perpustakaan dan ada acara universiti yang menuntut masa. Saya melihat kawan-kawan yang baru melahirkan anak telah mula menyusukan anak mereka dengan susu formula, ada antaranya memberi alasan agar mudah untuk mereka kembali bekerja. Ada juga yang susunya kurang dan dengan berat hati memberikan susu formula kepada bayi seawal hari pertama lagi.

Dua minggu yang lepas, saya menziarahi seorang saudara yang baharu melahirkan anak. Dia bercerita kepada saya bahawa susu badannya amat banyak sehingga terpaksa menghentikan penyusuan dan memberikan bayinya susu formula. Katanya minggu kedua lagi anaknya sudah minum susu formula. Saya benar-benar hairan. Rakan saya ramai yang terpaksa memberikan susu formula kepada bayi mereka atas faktor kekurangan air susu badan. Yang ini 'ajaib' sungguh asbabnya; susu terlalu laju dan bayi payah menyusu. Cara mudah adalah berikan sahaja susu formula kepada bayi dengan botol.

Saya sehingga kini tidak habis memikirkan perkara tersebut. Mudahnya sebahagian ibu -ibu muda berfikir. Bagi mereka, susu ibu tidak lebih penting daripada susu formula atau bahasa lainnya susu lembu. Syukur Allah SWT telah menggerakkan saya membaca buku tulisan Puan Roza Muhd Kamil Ibrahim, Rumah Kecil di Jabal Uhud. Salah satu catatannya (Biarlah Dia Menyusu, h. 155) menjawab kebingungan saya, sekaligus menguatkan hati saya untuk menyampaikan ilmu ini kepada para pembaca khususnya ibu-ibu muda.
***************************************
Kata Puan Roza Roslan, "Masya Allah, tabarakallah! Bayi ini (yang menyusu badan) memperolehi rezeki melalui ibunya. Lihat Allah Maha Pengasih mengatur urusan setiap ciptaanNya. Bayi yang lemah lagi tiada upaya pun diberikan rezeki.Malahan Allah kurniakan juga perasaan unik kasih ibu bagi menjaga keselamatan dan kebajikannya. Janganlah bergundah-gulana (merasa penat dan terbeban menyusukan bayi). Biarlah bayi kita menyusu dan jangan disekat rezekinya yang dianugerahkan melalui ibunya. Dalam al-Quran ada menyatakan tunggu sehingga bayi berumur dua tahun. Tidak lama masanya. Pejam celik mereka membesar dengan cepatnya.

Pentingnya menyusukan bayi ini dsebutkan Allah SWT dalam al-Quran yang bermaksud: Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya (al-Baqarah:233)

Allah, Allah, ya Allah tentu sekali saya masih terkenang bagaimana si bayi menyusu sambil menggenggam jari tangan ibunya. Ia bagai tidak mahu dilepaskan. Itulah saatnya saya terasa paling hampir dengan si bayi. Agak saya, itulah saatnya bayi juga merasai dan mengharapkan kasih sayang ibunya. Tiada yang lain.

Saya juga membayangkan bagaimana ibu Nabi Musa diuji ketika sedang menyusukan bayinya. Namun, keimanan dan Tauhid terhadap Tuhan melebihi segalanya. Sungguh, Allah lebih mengetahui apa yang tidak kita ketahui.

"Kami ilhamkan kepada ibu Musa: "Susukanlah dia; dalam pada itu, jika engkau takut akan sesuatu bahaya mengenainya (daripada angkara Firaun), maka (letakkan dia di dalam peti dan) lepaskanlah dia ke laut dan janganlah engkau merasa bimbang dan jangan pula berdukacita; sesungguhnya Kami akan mengembalikannya kepadamu, dan Kami akan melantiknya menjadi salah seorang rasul Kami (al-Qasas, 7)

Susuilah bayi kita dengan penuh kasih sayang. Jangan rasa terbeban. Ia amanah Allah, lakukan dengan ikhlas keranaNya. Susu ibu diciptakan untuk manusia.Manakan sama khasiat susu ibu dengan susu lembu?

Bayi itu nanti akan berhenti daripada menyusu apabila sampai masanya, insha Allah. Biarlah dia menyusu. Berikan hak mereka. Nanti, kita akan terbayang serta rindu saat itu apabila anak-anak mula meninggalkan kita dan yang tinggal hanyalah kenangan.

Mudahnya menyusukan bayi apabila dia terjaga di waktu malam. Saya tidak perlu ke dapur untuk menyediakan susunya. Betapa mudahnya apabila bayi kelaparan ketika dalam perjalanan sama ada dekat ataupun jauh. Saya tidak perlu membawa bakul berisi bekas air panas serta tin susu bersama.Menyusu badan benar-benar membantu si ibu untuk berehat sambil berbaring dan bersantai. Ia ibarat terapi bagi si ibu untuk menenangkan diri.

Masa beredar begitu pantas. Kita melihat anak-anak membesar dengan cepat. Zaman bayi mereka tidak akan berulang. Mereka belajar berdiri, berjalan, berlari dan akhirnya akan berlalu pergi. Sekali sahaja mereka keluar dari rumah maka segalanya berubah. mereka akan menjadi remaja kemudian beransur dewasa, menemui jodoh (dengan izin Allah) lalu berumah tangga.

Allahuakbar! Akhirnya seorang ibu akan bersendirian dan merasai kehilangan sesuatu yang paling hampir dengan hidupnya. Allah ya Allah

*****************************************

Begitulah tulisan Puan Roza Roslan yang mungkin tidak tahu perasaan saya ketika membacanya; seolah anak panah yang menusuk ke jiwa saya untuk BERSYUKUR dan YAKIN dengan peluang yang Allah SWT berikan untuk menyusukan anak. Bukan semua wanita dapat mengecapinya.

Sesungguhnya sahabat-sahabat dan adik-adik wanitaku, susu ibu amat mahal dan prosesnya juga amat mahal dan mengujikan. Semoga kita semua diberkati Allah.